Mahkamah Majistret Balik Pulau mengarahkan seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.
Pengawal berumur 20an dan bertugas di sebuah sekolah di Bayan Lepas itu, dipercayai menjadi suspek utama kes pembunuhan berkenaan.
Menurut sumber dalam dari polis, siasatan awal mendapati suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.
Semakan rekod juga mendapati suspek pernah ditahan kerana menghisap dadah dua bulan lalu.
Setakat ini, kita masih menuggu laporan bedah siasat dari pihak hospital. KREDIT WOWBERITA.
UPDATE:
Suspek, Tarmizi Bin Yaakub, bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas itu ditahan dan polis turut menemui senjata yang digunakan. Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang mengenali mangsa mengaku membunuhnya dengan dua bilah pisau yang diambil dari rumah mangsa sebelum membuangnya ke main hole TNB di kawasan sekolah.
�Dua bilah pisau itu ditemui dibungkus dalam anak tudung berwarna putih yang ada kesan darah. Telefon bimbit jenis Oppo milik mangsa juga ditemui disembunyikan di celah pokok bunga kawasan sekolah.
�Suspek juga turut mengaku telah merogol mangsa sebelum membunuhnya di dalam bilik tersebut,� kata sumber di mana suspek telah membawa polis ke lokasi senjata pembunuhan dibuang. Telefon bimbit milik mangsa pula ditemui disembunyikan di celah pokok bunga kawasan sekolah. Polis juga turut merampas baju dan seluar suspek (telah dibasuh) yang digunakan semasa kejadian.
Post Terpopuler
lia maliu
7 Nov, 2018
lia maliu
6 Nov, 2018
lia maliu
3 Jul, 2018
lia maliu
3 Jul, 2018