Rayuan empat individu mahu murtad ditolak & bapa rayu hukuman dikurangkan




Mahkamah Persekutuan Kuching menolak rayuan empat individu yang meminta Mahkamah Sivil mendengar kes murtad mereka dan memutuskan ia tiada merit terhadapnya dan rayuan bapa durjana untuk mengurangkan hukuman kerana melakukan 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 23 April ini Laporan penuh di HI8 malam dan astroawani.com
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes murtad.


Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata mahkamah sebulat suara mencapai keputusan untuk menolak rayuan empat orang Sarawak bagi mahkamah sivil mendengar kes murtad mereka dan memutuskan ia tiada merit terhadapnya.

Beliau berkata mahkamah menolak rayuan itu tanpa kos dan memutuskan isu yang dibangkitkan telah diselesaikan dalam kes-kes mahkamah yang lain.



Katanya walaupun tiada peruntukan bagi murtad tetapi ada peruntukan atas perkara mengenai tindakan memeluk Islam yang bererti Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa terhadap isu murtad.

Beliau berkata terdapat Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.....
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia