Celup tangan anak tiri dalam air panas, Azri AF9 dipenjara



PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke- 9, Azri dihukum penjara 14 hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin membuat keputusan itu dan memerintah hukuman itu berjalan bermula hari ini.

Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah yang juga suami kepada juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu.


Azri, 31, membuat pengakuan bersalah semalam pada hari pertama perbicaraan.


Dia mengaku melakukan penganiayaan terhadap anak perempuan tirinya berusia 10 tahun ketika itu dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit pangsapuri, Jalan Putra Indah 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya di sini, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.

Ahli keluarga Azri termasuk Salma dan anak- anaknya menangis tidak dapat menahan kesedihan mereka terhadap keputusan itu.

Wanita dipercayai ibu Azri memeluk erat anaknya di kandang pesalah sehingga beberapa terpaksa ditenangkan oleh polis mahkamah.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia