Ibu pukul ustaz dengan kayu selepas cabul anak perempuannya


SEORANG ibu 'naik hantu' selepas mendapat tahu seorang 'ustaz' mencabul anak perempuannya ketika keluarga itu melawat sebuah masjid.

Wanita itu membawa semula anak perempuannya ke masjid berkenaan selain memukul ustaz terbabit menggunakan kayu.

Berdasarkan video yang tersebar di laman sosial Twitter, ketika dipukul, ustaz tersebut seolah-olah meminta bantuan.

Ketika membuat 'serangan' itu, wanita terbabit mengajar anak perempuannya bahawa tiada yang lebih berharga atau penting daripada maruah diri.

Wanita itu juga mengajar anak perempuannya bahawa setiap wanita wajib dihormati.

Video berani wanita itu mempertahankan maruah anaknya dengan memukul ustaz tersebut telah ditonton hampir 922,000 penonton.

Malah rata-rata netizen memuji tindakan wanita itu.





Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia