Penemuan Bayi bogel dihurung semut


BAYI lelaki cukup sifat ditemui dalam keadaan bogel di bawah tangki air bersebelahan rumah penduduk di Taman Juta, Keningau, awal pagi semalam.

Bayi malang dikerumuni semut ditemui wanita berusia 66 tahun yang juga penjual ikan bilis ketika bersiap untuk berniaga pada 5 pagi, selepas dikejutkan dengan tangisan bayi.


Difahamkan, ketika kejadian wanita itu berseorangan manakala suaminya berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja dan terdengar bunyi tangisan bayi ketika bersiap untuk berniaga di pasar besar di daerah ini.

Terkejut dengan tangisan itu, dia keluar dan melihat bayi di bawah tangki air bersebelahan rumahnya tanpa pakaian.

Dia kemudian menghampiri bayi itu lalu mengangkatnya masuk ke dalam rumah kerana keadaan bayi tidak berpakaian dan sudah dipenuhi semut merah.

Wanita itu menghubungi anaknya sebelum mereka ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.


Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Ahmad Jawila, berkata bayi itu dihantar ke Bahagian Kecemasan Hospital Keningau untuk tujuan pemeriksaan.

�Bayi itu dipercayai berusia lingkungan seminggu dengan berat 3.5 kilogram dan tiada sebarang kecederaan pada tubuhnya.

�Siasatan mendapati suspek dipercayai masuk ke kawasan rumah wanita itu melalui pintu pagar hadapan yang tidak berkunci,� katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana buang bayi.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia