Lagi kes rogol darah daging


Dua lagi kes rogol sumbang mahram terbongkar dengan dua beranak di Sibu dan seorang bapa di Kuching ditahan, semalam.

Dalam kes di sini, seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa nafsu buas datuk dan bapa saudara yang dipercayai merogolnya beberapa kali.

Kedua-dua suspek ditangkap di lokasi berasingan dengan datuk mangsa, 53, ditahan di sebuah rumah panjang di Sungai Durin, manakala bapa saudara mangsa dicekup semasa bekerja di sebuah kilang kayu juga di Durin petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 B Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kes itu hanya terbongkar pada jam 10 pagi 2 april lalu ketika mangsa, seorang murid sekolah rendah memberitahu ibunya yang berusia 27 tahun bahawa dia telah diperkosa beberapa kali oleh kedua-dua suspek.

Kata Dev, datuk dan bapa saudara mangsa yang berusia 25 tahun dipercayai telah melakukan perbuatan keji tersebut sejak tahun lepas.


�Kesalahan rogol itu dipercayai berlaku di sebuah rumah panjang di Sungai Durin.

�Pada masa itu, mangsa tinggal di rumah datuknya, manakala ibunya tinggal di Mukah,� katanya.

Menurut Dev, datuk mangsa baharu dibebaskan dari penjara tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan atas kesalahan rogol terhadap kakak pengadu pada tahun 2017.

�Kedua-dua suspek akan direman pagi esok (pagi ini),� tambahnya.

Difahamkan, datuk mangsa melakukan kesalahan terdahulu ketika kakak pengadu berusia 15 tahun.

Ibu mangsa difahamkan telah berpisah dengan ayah mangsa sejak tujuh tahun lalu dan kini sudah berkahwin lagi.

Sejak suspek (datuk mangsa) dibebaskan dari penjara, dia tinggal bersama isterinya (nenek mangsa) yang menjaganya, bapa saudaranya (suspek kedua) dan sepupu mangsa berusia lima  tahun.

Ibu mangsa akan melawat mangsa sekali- sekala dan hanya akan membawanya ke Mukah ketika cuti persekolahan di mana mangsa memberitahu ibunya apa yang telah berlaku pada dirinya pada cuti Ogos lalu.

 Suspek juga bapa mangsa kes rogol di Sarikei ditahan di Hospital Sarikei, semalam.
DICEKUP: Suspek juga bapa mangsa kes rogol di Sarikei ditahan di Hospital Sarikei, semalam.
Sementara itu di Sarikei, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga mendakwa dirogol bapa kandungnya sejak bulan Julai lalu di rumah mereka di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat.

Dev memberitahu, mangsa sekitar jam 10.35 pagi semalam mengadu sakit di bahagian perutnya kepada warden asrama sekolah tempatnya bersekolah dan kemudian terus menceritakan peristiwa pahit yang menimpa dirinya. 

�Mangsa juga menceritakan kepada warden terbabit bahawa bapa kandungnya telah merogolnya menyebabkan warden tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Sarikei untuk pemeriksaan.

�Difahamkan, kejadian rogol tersebut dipercayai berlaku rumah mangsa di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat sejak Desemer 2017,� kata Dev yang turut memberitahu laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh pihak hospital untuk siasatan lanjut.

Susulan laporan tersebut, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei telah menahan suspek yang merupakan bapa mangsa, berusia 38 tahun sekitar jam 4 petang semalam.

�Suspek merupakan seorang buruh kasar telah ditangkap di wad kecemasan Hospital Sarikei ketika dia datang melawat mangsa,� jelas Dev.

Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan dan mangsa masih berada di Wad Perubatan Wanita Hospital Sarikei untuk pemeriksaan lanjut.

�Suspek akan direman pagi esok (pagi ini) pada jam 9 pagi di Mahkamah Sarikei di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen,� kata Dev lagi.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia