Lagi remaja dirogol dan dibakar di India


Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun kini sedang bertarung nyawa selepas dirogol dan dibakar, kes kedua seumpamanya di negara ini yang sedang bergelut dengan peningkatan jenayah seksual.
Remaja malang itu diserang pada hari dan negeri yang sama, Jharkhand di timur India ketika seorang lagi mangsa berusia 16 tahun diperkosa sebelum dibakar sehingga mati.
Superintendan Polis daerah Pakur, Shailendra Barnwal berkata, mangsa mengalami kesan melecur darjah pertama sebanyak 70 peratus.
"Dia memiliki peluang untuk kembali pulih," katanya.

Susulan kejadian, polis menahan seorang pemuda berusia 19 tahun yang tinggal di kawasan sama dengan mangsa terbaru itu.
"Suspek mencurah minyak tanah ke atas mangsa sebelum bertindak membakarnya," kata Barnwal.
Kejadian berkenaan berlaku Jumaat lalu, iaitu hari yang sama kes seumpamanya berlaku di daerah Chatra, membabitkan penahanan 15 lelaki dan seorang mangsa berusia 16 tahun.
Suspek utama dalam kes pertama itu dikatakan berang dengan keputusan ketua kampung yang menjatuhkan hukuman bangkit tubi sebanyak 100 kali dan denda AS$750 (RM2,957) atas tuduhan merogol mangsa sebelum bertindak menyerang ibu bapa mangsa serta membakar rumah mereka ketika remaja itu berada di dalam. - AFP
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia