SIASATAN terhadap sebuah syarikat minyak Arab Saudi oleh pendakwa raya Switzerland, tidak berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB dalam satu kenyataan, berkata siasatan didakwa berkaitan sistem perbankan Switzerland dan rakyat negara itu, tidak menyebut mengenai wujud sebarang salah laku oleh syarikat pelaburan negara itu atau kakitangannya.
Sehubungan itu, mengait dan memutarbelitkan siasatan pendakwa raya Switzerland dengan menyiasat 1MDB dan pemegang sahamnya, adalah salah serta tidak bertanggungjawab.
�Kami menegaskan 1MDB bukan subjek siasatan jenayah mana-mana pihak, sama ada di Malaysia atau antarabangsa.
�Kami sentiasa bersedia bekerjasama dalam siasatan mana-mana pihak berkuasa, selaras dengan protokol antarabangsa, namun sehingga hari ini, 1MDB tidak menerima sebarang permintaan seumpamanya.
�1MDB meminta semua pihak untuk tidak mempolitikkan sebarang siasatan pihak berkuasa Switzerlanddan serta mengaitkan 1MDB untuk kepentingan politik pada waktu pilihan raya yang sensitif ini,� kata kenyataan itu, hari ini.
Beberapa media antarabangsa hari ini melaporkan satu siasatan dijalankan oleh pendakwa raya Switzerland terhadap syarikat PetroSaudi yang sebelum ini dikaitkan dengan 1MDB.