Tak Patut,Pelayan restoran dipenjara miliki gambar, video rogol alam telefon bimbit


KUALA LUMPUR - Seorang pelayan restoran dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon bimbitnya di tempat awam.
Hakim Datin M.Kunasundary menjatuhkan hukuman itu ke atas Taslinnaim Tasrip, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki telefon bimbit yang mengandungi gambar dan video lucah di sebuah pusat beli belah di Jalan Tun Sambanthan, di sini, pada 12.05 tengah hari, 5 Januari lepas.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Januari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, polis menahan tertuduh di tempat kejadian selepas menerima laporan tertuduh terlibat dalam satu kes rogol dan telah merampas telefon bimbitnya.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat gambar dan video lucah dalam telefon bimbitnya dan dia juga telah mengedarkan sebuah video lucah dan sekeping gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita berusia 19 tahun yang juga pelajar kolej.


Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia menyara keluarga.
Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira kesalahan tertuduh adalah serius selain dia telah mengambil kesempatan mengedar gambar dan video lucah itu kepada mangsa.

Pada 10 Januari lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa sama di sebuah rumah di Brickfields, di sini, pada pukul 10 malam, 26 Disember 2016, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk sebutan semula kes itu. - Bernama

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia