Bapa Bunuh Keluarga Sebab Tak Sanggup Tinggalkan Mereka Di Dunia, Ini Pesanan Terakhir Di Group Whatsapp


Di Palembang, seorang bapa didakwa membunuh keluarga dan anjing peliharaan sebelum bertindak membunuh diri. Pada malam kejadian, bapa dipercayai menghantar mesej ke groupWhatsapp meminta rakan mengenang segala kebaikan yang pernah dilakukannya.
Dia turut meninggalkan dua keping nota meminta maaf dan memberitahu sudah penat. Dia turut memberitahu sangat menyayangi isteri dan anak-anak, dia tidak sanggup meninggalkan mereka di dunia ini.

‘Aku sudah sangat lelah, maafkan aku’

Menurut saksi, ahli perniagaan berusia 45 tahun, Fransiskus Xaverius Ong ada memberi petunjuk sedang menghadapi masalah apabila dilihat bermain piano pada malam kejadian. Saksi yang merupakan pembantu rumah itu mengatakan Ong hanya hanya bermain piano apabila dilanda masalah. Ong juga dikatakan memanggil semua pekerja dan memberikan sejumlah wang.
Selain itu, Ong juga ada menghantar pesanan kepada rakan-rakan meminta segala kebaikannya diingati dan tidak membicarakan keburukannya. Menurut rakan, Ong merupakan seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga.

Bunuh isteri kemudian anak-anak

Ketua Polis Sumatera Selatan, Inspektor Jeneral Zulkarnain Adinegara berkata bedah siasat menunjukkan si bapa telah merancang pembunuhan dengan berhati-hati. Dia terlebih dahulu menembak isteri disusuli yang lain.
Berdasarkan (penemuan) analisis residu tembakan, ia menunjukkan bahawa Fransiskus yang mencetuskan kejadian.
Kita menemui puntung rokok dengan sebahagiannya diliputi darah, serta kesan kopi di luar bilik tidur. Kita andaikan dia merokok rokok dan memikirkan tindakannya sebelum meneruskan pembunuhan anaknya.
Menurutnya lagi, si bapa menembak kepala anak ketika mereka sedang tidur. Mangsa terakhir adalah anak perempuannya, yang didakwa ditembak dari jarak dekat.
Malang sekali ketika kejadian tiada seorang pun pembantu rumah mendengar bunyi tembakan. Salah seorang pembantu menemui mayat si anak ketika mahu mengejutkannya ke sekolah.
Sarah melihat darah di atas bantal apabila dia cuba kejutkan Kathlyn. Pada mulanya, dia fikir ia adalah darah dari hidung, tetapi kemudian dia melihat darah itu dari kepala Kathlyn.
Ketika bergegas ke bilik ibu bapa, mereka mendapati yang lain turut terbunuh. Polis percaya selepas membunuh isteri dan anak, si bapa melemaskan anjing di dalam tab mandi kemudian mengunci diri di dalam bilik dan membunuh diri.
Setakat ini, motif pembunuhan belum jelas tetapi kejadian berlaku disyaki akibat pertengkaran antara Ong dan isteri disebabkan orang ketiga.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
berita-jenayah