Jumaat lalu menyaksikan Drama Nur diangkat sebagai Anugerah Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Melayu) di Anugerah Skrin 2018. Rata-rata berpuas hati dengan keputusan juri pada malam tersebut dengan mengangkat Amyra Rosli sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian dan Syafiq Klye memegang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.
Pengarah Drama Nur, Shahrul Ezad Mohameddin bersyukur naskah ini diangkat dan berjaya memikat hati ramai penonton di Malaysia. Malah, dia juga berbangga dengan pelakon Amyra Rosli yang berjaya membawa watak Nur.
Tak mengharapkan apa-apa pun
Alhamdullilah. Mujur menang. Syukur. Kalau tak gerenti sampai hari abam akan dapat WhatsApp kata kata simpati dan suruh abam cuba lagi tahun depan. Kenapa perlu cuba lagi ya kalau secara jujurnya abam sebenarnya tak mengharapkan apa apa pun. Hehehehe
Ikhlas kata abam hadiahkan kemenangan ini untuk semua yang begitu mengharapkan kemenangan Nur di luar sana especially utk para peminat drama ini. Semoga para penggiat drama akan lebih berani berkarya luar dari kotak keselesaan kami demi kepuasan penonton. Sebagai pengkarya kami tak mengharapkan apa apa pun selain dari kepuasan peminat drama Melayu.
Bagi abam, secara peribadi, sejujur kata abam sebenarnya tak mengharapkan sebarang award pun masa mula buat drama ini. Abam tahu ada yg tak percaya dengan apa yang abam katakan. Tapi ya! Demi Allah abam tak harap apa apa pun. Nur dihasilkan dengan niat utk abam bercerita tentang kisah kehidupan masyarakat disekeliling kita disamping utk bercerita tentang kebesaran dan kasih sayang Allah pada hambaNya yg sentiasa berdosa. Itu saja. It was not meant to impress and seeking any recognition.
Lebih rasa rendah diri
Nur bukan dihasilkan untuk abam mengejar award sebab itu kalau ditanya abam apa perasaan abam selepas kemenangan total Nur dalam kategorinya abam cuma rasa numb. Abam tak rasa apa apa sehingga terlalu excited. Kalau ada pun keinginan untuk menang hakikatnya bukan untuk abam tapi lebih kepada untuk para peminat drama Nur diluar sana yg mengharap drama ini menang. Dapat melihat kegembiraan Amyra Rosli, Syafiq Kyle serta warga produksi Nur yang sama sama gembira dan excited – itulah kegembiraan sebenar abam malam tadi. I am happy for them. Untuk merasa abam adalah yang terbaik malam tadi adalah tidak benar sama sekali. Tapi abam tetap rasa bersyukur yg amat sangat. Kemenangan ini membuatkan abam lebih rasa rendah diri kerana Allah pilih kami team Nur untuk merasai kegemilangan sementara ini.
Pagi ni bila bangun, rutin abam seperti biasa juga. Basuh baju, kemas rumah, buang sampah dan simpan balik wig semalam Dan sambung stress nak siapkan balik Nur2. Itu saja. Huhuhu…
Dia buat abam terlalu bangga
Abam teringat masa mula mula jumpa @aamyrarosli dulu. Dia ni jenis tak banyak komplen. Sengih jer orangnya. Blur pun yer. Mira pernah cakap dengan abam dia teringin nak dapat watak yang mencabar. Selama ni watak yang diberikan pada dia semua cantik cantik belaka. So dalam Nur abam cabar dia perform without a single make up. Secalit bedak pun tak der. Kadang kadang tu la tracksuit dia buat tido. Tu jugak lah wardrobe dia dalam drama. Masalah dengan Mira ni dia terlalu cantik untuk watak Nur tu sebenarnya. Mana ada pelacur secantik dia. Tapi Mira berjaya menghilangkan rasa risau abam pada take yang pertama lagi. Bila abam sebut action jer abam tak nampak Mira yang cantik. Abam memang nampak watak Nur yang tengah struggle nak keluar dari kehidupan lorong dia. And the rest is history.
Malam semalam dia buat abam jadi terlalu bangga sekali dengan pencapaian dia. She is not just a pretty face. She is an upcoming legend! Abam harap lepas ni ramai lagi pengarah dan script writer atau produser tawarkan pelbagai watak yang mencabar untuk dia ni. I guarantee she can nail it!
Tahniah Mira. From a very proud brother yang ofcoz sama cantik dengan kau.