4 sahabat didakwa bunuh lelaki

BATU PAHAT: Empat sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang pemuda dalam kejadian di Taman Rekreasi Sungai Senggarang, dekat sini, bulan lalu.
EMPAT tertuduh dibawa ke mahkamah diatas tuduhan membunuh seorang pemuda di Mahkmah Majistret Batu Pahat
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh yang juga peniaga iaitu Ahmad Ad Darrabi Sadiman, 34, Muhammad Fadhli Benu, 29, Rizaki Riduan, 38 dan Mohd Fairuz Zakaria, 35, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.
Semua tertuduh dilihat hanya mengangguk kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama-sama membunuh Muhammad Mudrikah Lizan, 26.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Rekreasi Sungai Senggarang, antara jam 6.40 petang hingga 8.50 malam pada 23 Oktober lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam, Safiah Abdul Aziz.
Majistret menetapkan 3 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia serta dokumen perubatan.
Terdahulu, perkarangan mahkamah dipenuhi keluarga dan sahabat handai tertuduh bagi mengikuti kes pendakwaan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki berusia 26 tahun maut dipukul sekumpulan lelaki di Senggarang, dipercayai akibat cinta terlarang.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, dilaporkan berkata hasil siasatan awal, mangsa dipercayai dilarikan dan dipukul sekumpulan lelaki selepas seorang suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
Sumber : B harian

Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
berita-jenayah,Viral Trending Malaysia