Oh my God Bapa rogol anak OKU


Culas hadir ke sekolah membongkar rahsia seorang pelajar perempuan lembam berusia 14 tahun menjadi mangsa rogol bapa kandungnya, sejak kira-kira dua tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Raub Selamat, berkata mangsa yang tinggal bersama bersama bapanya, 50, di sekitar Batu Anam, dekat sini, didapati sering tidak hadir ke kelas menyebabkan pihak sekolah menghubungi kakaknya yang berusia 19 tahun.


Katanya, kakak mangsa yang masih belajar dan tinggal di rumah sama pulang ke rumah bagi memeriksa adiknya dan terkejut apabila melihat bapanya sedang merogol adiknya di dalam bilik mangsa.

"Pihak pentadbiran sekolah menghubungi kakak mangsa selepas bapa kandung mangsa yang turut dihubungi tidak memberi kerjasama bagi membantu masalah kegagalan mangsa hadir ke sekolah.
"Kira-kira jam 2 petang pada 20 april lalu, kakak mangsa dimaklumkan mengenai ketidakhadiran adiknya ke sekolah. Dia kemudian pulang ke rumah bagi memeriksa keadaan adiknya dan melihat bapa mereka sedang menindih badan adiknya di bilik mangsa," katanya.
Raub berkata, kakak mangsa dengan ditemani saudaranya membuat laporan di Balai Polis Batu Anam, kira-kira jam 4 petang pada hari yang sama dan bapa mereka ditahan polis kira-kira jam 1 pagi keesokannya.
Katanya, suspek yang berstatus duda selepas kematian isteri sejak beberapa tahun lalu disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram.
Beliau berkata, pemeriksaan kesihatan di Hospital Segamat mendapati terdapat kesan mangsa dirogol, yang dipercayai dilakukan sejak kira-kira dua tahun lalu terutama pada waktu pagi ketika kakak mangsa pergi ke sekolah.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia