Isteri yang KERAS KEPALA dan GARANG ni sebenarnya TAK RAMAI, tapi BANYAK. Apa yang positifnya, mereka ni tegas dalam buat keputusan. Orang sekeliling nak hasut pun payah. Susah nak mempengaruhi mereka ni. Apatah lagi nak pikat hati mereka ni untuk dijadikan isteri.
The best thing here is one of them is my wife ??
Perkahwinan aku baru setahun lebih. Normal untuk para suami dan isteri bergaduh kadang� kan. Aku pun sekali sekala mudah melenting kalau tak kena masanya. Kita sebagai suami kena tahu masa bila perlu mengalah dan masa bila perlu bertegas. Jangan asyik mengalah. Nanti nampak yang kita tak boleh memimpin dengan baik.
Ada ketika perlu mengalah,aku banyak mainkan peranan. Turunkan EGO, DIAM, DENGAR dan PENDAM.
Sebab aku tahu keadaan akan jadi lebih keruh kalau aku cakap atau balas apa sahaja. Trust me. Woman always right. So layan kan saje dulu.
Suami kena ingat yang kita bukan perempuan. Kita tak kan dapat paham mereka 100%. Perkara kecil pada mata kita, terasa sangat besar pada mata mereka. Jangan melawan. Jangan ikot ego sebagai seorang lelaki pada ketika itu.
Aku ambil pendekatan untuk bertahan, bersabar. Respon yang aku dapat sangat baik dan berkesan. Isteri makin berubah dan berubah.
Mostly bila bergaduh, dia akan cuba bertenang beberapa jam. Give her some time and space. Then, normally dia dengan sendirinya akan datang dan meminta maaf. Dan waktu ni la aku sebagai suami kena turunkan lagi ego ke tahap yang paling rendah. Aku tak akan hentam atau salahkan dia. Sebab pada aku ini la masa yang sesuai untuk aku bersikap tegas pada dia, sampaikan teguran yang sepatutnya kerana hati isteri betul� lembut ketika itu. Then, we forgive each other.
Pernah sekali dulu berperang agak besar tapi melucukan (my wife pregnant masa ni) . Aku macam biasa la cuba mengalah. Ambil wuduk,solat. Lepas solat, tengok isteri dah tak ada kat rumah. Merata mencari. Bawah katil. Dalam peti ais. Dalam tudung saji. Belakang pintu. Luar rumah. Dalam kereta. Pun tak ada. Handphone, beg, semua ada. Rupanya dia menyorok baring bawah teddy bear. Teddy bear tu pulak memang lagi besar drp dia. Memang tak nampak la. Itu pun dia sendiri bagi hint, buat bunyi dari gelang tangan dia supaya aku dengar dan datang pujuk dia????
Aku dah on TV dah sebelum dengar bunyi gelang tu, game Liverpool dah nak start kot??
Betul la orang cakap "perempuan merajuk sebab nak dipujuk"
Kenapa aku selalu mengalah?
Aku sentiasa ingat segala pengorbanan dia. Dia banyak berkorban sejak hari pertama dia bergelar isteri aku. Dia seorang yang aggressive,lasak, suka shopping, travel, independent, suka make up.
Once she became my wife, dia tinggalkan semuanya termasuk minat dia dalam modelling sehingga dia berubah jadi apa yang dia dah jadi sekarang.
Kalau aku kat tempat dia pun, belum tentu aku boleh jadi sekuat dia.
My wife membesar dari kecik di bandar besar Kuala Lumpur. Has a great job and suddenly after 4months we married we decide untuk dia berhenti kerja, be full time housewife. Berpindah menetap di Temerloh dengan tak ada kawan�,dia bersedia menerima keluarga aku, menerima environment baru dalam hidup dia.
Aku la kawan dia. Aku la sahabat dia. I could be anything for her.
So aku rasa tak boleh nak kecewakan perasaan dia.
Sebab tu aku banyak mengalah. Aku tahu jiwa dia kadang� memberontak. Tapi demi kasih pada keluarga, dia bertahan. So dia jadi mudah marah. Lama kelamaan, bila dia dah dapat menyesuaikan diri dengan environment baru, aku nampak dia lebih selesa dan tenang.
A month before our first anniversary, kami di kurniakan seorang anak lelaki. Alhamdulillah. Pengorbanan paling besar seorang isteri adalah melahirkan anak untuk suami tercinta. Aku ingat lagi ayat dia lepas selamat bersalin.
" Masa doctor suruh ayu push lagi separuh anggota badan anak, sebenarnya ayu dah abis nafas,dah tak kuat. Tapi kalau ayu tak push, ayu takut anak kita mati. Jadi ayu tak fikir panjang, ayu cuba sehabis boleh. Biar la ayu hilang nyawa, asalkan anak kita bernyawa"
Aku ada kat sebelah dia,pegang tangan dia masa kat labour room. I feel it.
Aku tak sesabar dia. Aku tak sekuat dia. Untuk tempoh perkahwinan kami yang baru setahun jagung ini, aku dan dia cuba beri yang terbaik untuk keluarga kecil kami. Aku bukan suami yang baik, tapi aku nak isteri yang baik. So aku berusaha menjadi baik.
Aku pilih untuk setia dan sabar. Tiap� orang yang sabar, Allah dah janji kan ganjaran.
Harap ada la ganjaran untuk si suami malam jumaat ni